Denggi serius di Gombak
KUALA LUMPUR 6 Mac - Jabatan Kesihatan Selangor perlu serius menangani ancaman demam denggi berdarah di daerah Gombak yang meragut lapan nyawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, angka itu terlalu tinggi jika dibandingkan pada 2008 apabila lima kematian sahaja dilaporkan.
Beliau juga kecewa kerana Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar lebih banyak berpolitik daripada membuat kerja.
''Dia perlu turun padang dan menggerakkan Jabatan Kesihatan bagi membendung masalah pembiakan nyamuk aedes dengan sentiasa melakukan langkah pencegahan yang sewajarnya.
''Daripada data yang diperoleh, ternyata kawasan Gombak dan sekitarnya kini dalam bahaya kerana terdapat 274 kes dilaporkan pada Februari lalu,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengkebumian seorang mangsa denggi berdarah di di sini hari ini.
Penduduk terlibat, Mohd. Ali Mohd. Abdullah, 45, merupakan mangsa keempat demam denggi berdarah di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Tua.
Subahan bimbang jika tiada sebarang tindakan serius diambil oleh kerajaan dan Jabatan Kesihatan Negeri serta pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), angka maut angkara demam denggi berdarah dijangka bertambah.
''Apa yang saya perhatikan, kelemahan pemantauan perkara ini cukup ketara biarpun sudah tahu terdapat kematian di situ namun tiada tindakan serius diambil oleh pihak berwajib,'' jelasnya.
(petikan dari utusan.com.my 7/3/2009)
Sapa kite nak salahkan sebenarnye. Bukan aku nak point fingers dalam hal ni. Tapi aku rasa penduduk Gombak tak boleh nak salah kan Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kesihatan Selangor dan Dr. A. Xavier Jayakumar sendiri.
Diorang kena kaji balik macamane nyamuk aedes ni boleh membiak. Adakah kerana denggi ni membiak pasal Dr. A. Xavier ni sibuk berpolitik? Adakah kerana Jabatan Kesihatan tak buat pemantauan?
Kite sume dah maklum, nyamuk aedes ni membiak pasal tempat tinggal yang tak bersih. Ye, kalau nak salahkan Majlis Perbandaran Selayang tak angkat sampah takleh gak. Pasal nyamuk aedes ni membiak kat dalam air yang bersih macam dlm kolah mandi, tayar lama, tin kosong dan mana2 tempat yang sesuai.
Kalau penduduk Gombak mengamalkan cara hidup sihat, InsyaAllah boleh menghindarkan dari nyamuk aedes membiak.
So aku harap, penduduk Gombak jangan salahkan orang lain dalam hal ni. Cume tengok balik cara hidup penduduk kat situ. Kalau kotor sangat tempat tu. Nak kena tunggu majlis perbandaran ke untuk angkut sampah. Apa kate korang gotong royong bersihkan tempat tu. Ajak Adun korang sekali.
So aku harap, jangan la suke salah kan orang lain dalam hal2 macam ni. Sume pihak kena bertanggung jawab. Majlis Perbandaran bersihkan kawasan, Jabatan Kesihatan lakukan pemantauan, Dr. A. Xavier turun padang. Dan yang paling penting, penduduk daerah Gombak kena amalkan cara hidup sihat dan bersih dengan tidak membuang sampah merata-rata dan bersihkan kawasan rumah anda dari benda-benda yang membolehkan nyamuk aedes membiak.
Aku rasa Karam Singh Walia kena cover cerita kat situ, so orang lain boleh tau kenapa teruk sangat tempat tu